Apa yang anda tahu tentang MyKad Smart Shopper? Pendek kata, apa itu MyKad Smart Shopper sebenarnya? Apakah kegunaannya dan mengapa kita juga harus tahu tentang Mykad Smart Shopper.
Tak apa. Mari kita kaji sama-sama tentang Mykad Smart Shopper pada hari ini.
Sejarah Mykad Smart Shopper
Malaysia merupakan negara pertama di Asean yang telah melaksanakan Projek MyKad Smart Shopper (MSSP). Berikutan kejayaan program ini, telah menjadikan syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd tersenarai sebagai penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013.
Syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd menyasarkan untuk membangunkan program ini ke negara-negara Asean yang lain. Ini merupakan peluang keemasan kepada rakan-rakan pemasaran yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersama syarikat membangunkan sistem ini di negara-negara Asean..
Setakat ini negara Indonesia telah berminat untuk membangunkan sistem ini di negara mereka.. Tak lama lagi projek MyKad Smart Shopper (MSSP) akan dibangunkan di Jakarta, Indonesia.
Kelebihan Mykad Smart Shopper
- Pendaftaran untuk Mykad Smart Shopper adalah Percuma.
- Tiada tarikh luput keahlian
- Nikmati Diskaun Segera & Rebate Tunai
- Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan IC/MyKad.
- Perolehi mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah ( RM 1 = 1 Point AJ)
- Tiada kad tambahan ( Hanya Guna MyKad sahaja)
- Kesimpulannya, Projek Mykad Smart Shopper ini sangat bagus. MyKad Smart Shopper ni lebih kurang sahaja seperti kad Bonuslink dan kad Mesra Petronas yang kita pernah gunakan dulu. Kumpul point dan boleh tukar kepada hadiah atau dapat diskaun untuk barang-barang tertentu.
Untuk maklumat pendaftaran dan merujuk kedai-kedai yang terlibat dengan program Mykad Smart Shopper ini anda boleh layari MyKad.aj.my
Mengapa mesti guna Mykad Smart Shopper?
Bagi aku, MyKad Smart Shopper ini serupa seperti kad debit. Cuma Mykad kita itu digunakan untuk membeli belah. Ia nampak lebih mudah dan tidak perlu kita dapatkan kad mesra atau kad bonuslink. Aku rasa sampai satu tahap nanti, Mykad kita akan menjadi seperti kad-kad yang digunakan di Jepun. Aku tak berapa ingat apa nama kad itu, tapi siapa yang dok dekat Jepun, pasti tahu diorang ada kad-kad yang biasa digunakan untuk membeli belah, bayar barang di kedai-kedai runcit, beli tiket kapal terbang, beli tiket keretapi laju dan sebagainya. Aku yakin, masa itu akan tiba satu hari nanti.
Ps: Jadi, mahu guna atau tidak Mykad Smart Shopper ni?
Terima kasih dengan perkongsian. MyKad Smart Shopper baru 1st time dengar
ReplyDelete